24 November, 2014

Piala AFF Suzuki : Filipina Selesa Benam Laos

FILIPINA bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk membenam Laos 4-1 pada aksi pembukaan kumpulan A Kejohanan Bola Sepak Piala AFF Suzuki 2014 di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi, Vietnam, hari ini. Keputusan itu menyaksikan skuad kendalian Thomas Dooley itu mendahului carta kedudukan kumpulan A dengan kutipan tiga mata.

 Dalam pada itu, pasukan tuan rumah, Vietnam sekadar berkongsi satu mata dengan Indonesia selepas kedua-dua pasukan seri 2-2 pada aksi yang berlangsung di Singapura malam ini. Filipina akan menentang Indonesia manakala Vietnam berdepan Laos pada aksi kedua kumpulan, Selasa ini dan kedua-dua perlawanan akan berlangsung di venue yang sama. Dua pasukan pilihan untuk mara ke separuh akhir kejohanan bola sepak rantau Asia Tenggara itu adalah Filipina dan Vietnam yang masing-masing berada pada kedudukan ke-129 dan 136 dunia dalam ranking Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA). - Bernama

Tiada ulasan: