Pengikut

04 Februari, 2012

PROGRAM JOM - JELAJAH ORANG MUDA UBAH MELAKA


Tarikh           : 12 Februari 2012
Hari              : Ahad
Tempat         : Di sekitar Merlimau

Jadual JOM Ubah:

6.00pg : Kuliah Subuh, Chinchin
7.00pg : Sarapan rakyat, Permatang Serai
8.00pg : Sumbangan Kebajikan (seluruh Merlimau), Pertandingan Mewarna dan Sukaneka
(As-Solihin)
9.00pg : Perasmian Program & timbang bola sepak paling lama (As-Solihin)
2.00ptg : Sumbangan kebajikan
5.00ptg : Friendly sepak takraw & bola sepak (Chinchin &; Ayer Merbau)
7.00mlm : Kuliah maghrib (surau Chinchin)
8.00mlm : Konsert (As-Solihin)
9.00mlm : Ceramah JOM Ubah (Chinchin)

Layari: FB Pemuda PAS Negeri Melaka

Semua  anak muda dijemput hadir beramai-ramai

21 November, 2011

4 CIRI KESIHATAN OPTIMUM

Anda berjumpa doktor, menjalani pemeriksaan kesihatan rapi dan didapati sihat. Anda mengelakkan diri daripada kuman selesema selama berbulan-bulan. Namun, ini tidak bererti anda dalam keadaan kesihatan optimum.

Kesihatan optimum bermakna menjalani kehidupan dengan vitaliti yang kuat, bebas gejala yang menyukarkan dan penyakit kronik. Ini harus menjadi matlamat utama setiap orang untuk menikmati kesihatan fizikal, mental, emosi, dan rohani. Pendek kata, kesihatan optimum bermakna mencapai kemungkinan menjadikan diri yang terbaik dan untuk mencapai potensi anda yang sepenuhnya.

Ia adalah keadaan yang memberi kesan kepada kesejahteraan keseluruhan diri dan untuk mencapainya, anda memerlukan suatu strategi seimbang, iaitu empat perkara penting - pemakanan, senaman, rehat dan sikap mental.

Pemakanan

Penampilan kita adalah hasil daripada apa yang kita makan. Disebabkan kegilaan rentak kehidupan moden, kita jarang dapat duduk bersama keluarga dan makan tiga sajian yang dimasak di rumah dalam sehari. Diet sihat menghasilkan tubuh sihat dan pemakanan yang teruk bukan sahaja menyebabkan rasa letih dan tidak bermaya tetapi menjadikan anda berisiko menghidap pelbagai penyakit.

Mengikut American Cancer Society antara 35 hingga 70 peratus barah boleh dikesan mengikut diet. Diet yang sihat dan seimbang mengandungi vitamin, mineral, protein, karbohidrat, lemak, serat dan fitofaktor, adalah penting untuk kesihatan yang baik. Pertimbangkan mengambil suplemen untuk memenuhi semua keperluan pemakanan anda.

Bersenam

Gaya hidup sekarang lebih banyak duduk, jadi kerap bersenam boleh menawarkan faedah kesihatan dan kecergasan tambahan. Bagaimanapun, anda seharusnya tidak memaksa diri mengikuti rutin senaman sukar yang memaksa tubuh anda sehingga melebihi hadnya. Pepatah no pain, no gain sudah tidak boleh digunakan lagi. Apa yang anda perlukan ialah senaman sederhana yang kerap iaitu 3 hingga 5 kali seminggu, yang turut menyenaraikan kegiatan kardiovaskular, latihan ketahanan atau berat badan dan meregang untuk fleksibiliti, bagi mengekalkan jantung kuat, membina otot dan mengurangkan kesan stres.

Rehat

Ramai tidak mengendahkan hal ini dengan kebanyakan orang mendapat minimum antara 7 hingga 9 jam tidur yang diperlukan untuk orang dewasa. Tanpa rehat yang mencukupi, keupayaan pembelajaran seseorang individu dan daya ingatan boleh terjejas kerana faedah tidur utama ialah untuk memulihkan otak serta menyegarkan tubuh. Ketika tidur, mekanisme pembaikan tubuh anda kembali berfungsi, memperbaharui sel daripada kerosakan dan serangan dipertahankan sepanjang hari supaya apabila anda terjaga, anda bagaikan seorang yang baru.

Sikap Mental

Berapa kali anda ditanya dengan soalan ini, Adakah gelas separuh kosong atau separuh penuh? Ini mungkin kelihatan seperti persoalan remeh tetapi ia adalah gambaran seimbas lalu pemikiran anda dan pandangan anda terhadap kehidupan. Kaitan antara fikiran dan tubuh memainkan peranan penting tentang cara tubuh menangani stres. Sikap mental yang sihat membolehkan anda menangani roda kehidupan yang sering berputar. Bersikap mental yang positif boleh membantu melegakan stres dan menangani kekecewaan dalam kehidupan.

Secara ringkasnya, walaupun mungkin tiada formula kukuh untuk mencapai kesihatan optimum, anda boleh memilih tabiat gaya hidup yang memperbaiki kesejahteraan anda dan membawa anda mencapai kesihatan optimum.

ANAK MUDA MENUJU KE PUTRAJAYA

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) akan meningkatkan fokus kepada pengundi muda bagi memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).Ianya merangkumi kemas kini daftar pemilih di kalangan pengundi muda, culaan dan menyusun program bersesuaian bagi mendekati golongan sasar.

Pengarah Jabatan Pilihan Raya DPPM, Mohd Sany Hamzan berkata, program penerangan bagi meningkatkan kesedaran mereka untuk mengundi akan diserapkan ke dalam program sosial yang akan dijalankan di peringkat akhir ini."Sebelum ini bukan pemuda tak buat kerja, malah pemuda di setiap negeri sudah merangka dan emlaksanakan pelbgai program mendekatai pengundi muda tapi kita ingin tingkatkan dan perkasakan program-program ini untuk mencapai matlamat kita ke Putrajaya," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.Semalam, DPPM berjaya mengumpulkan hampir 500 petugas terdiri daripada Ketua Pemuda Negeri, Pengarah dan Setiausaha Jabatan Pilihan Raya negeri-negeri dan kawasan di Konvensyen Pilihan Raya DPPM Peringkat Kebangsaan di Shah Alam.

Sany berkata, pada konvensyen itu juga, pemuda diberi amanat untuk membantu PAS ke Putrajaya dengan menyediakan tenaga petugas bagi setiap kerusi Parlimen yang bakal ditandingi.

"Walaupun PAS belum tahu berapa kerusi Parlimen yang akan ditandingi, namun pemuda diberi tugas dalam Road Map to Putrajaya yang dibentangkan oleh Datuk Husam Musa (Naib Presiden PAS) semalam," katanya.

Tambahnya, konvensyen tersebut dijangka program besar yang terakhir oleh DPPM sebelum PRU 13 yang dijangka berlaku awal tahun hadapan."Setiap pemuda membawa balik semangat untuk berkerja di negeri dan kawasan masing-masing dan kita jangka ini program besar yyang terakhirlah sebelum PRU 13."Kehadiran semalam juga satu yang memeberangsangkan memandangkan pemuda baru sahaja selesai mengadalakn ijtimak baru-baru ini," katanya lagi.

Menyentuh program terdekat pula, beliau berkata, DPPM sedang merangka satu program mendekati pengundi luar bagi memberi kesedaran mereka untuk pulang mengundi di negeri masing-masing."Ramai pengundi yang tinggal di luar negeri tapi alamat mengundi di negeri asal. Jadi kita akan adakan satu program kesedaran untuk pulang mengundi," katanya.

Sumber : Hrakahdaily

20 November, 2011

TAHNIAH HARIMAU MALAYA


AHMAD Fakri Saarani dijulang wira negara, semalam apabila jaringan tunggal pada lewat babak perlawanan membantu Malaysia layak ke final dua kali berturut-turut dan kini selangkah lagi mengulangi gemilang 2009 di Laos.

Dalam saingan separuh akhir di Stadium Gelora Bung Karno anak didik Ong Kim Swee menewaskan Myanmar 1-0 untuk bertemu Indonesia, esok bagi membuat perhitungan siapa bakal muncul pemenang pingat emas edisi ke-26 kali ini.Kali terakhir Malaysia berjaya mempertahankan kejuaraan Sukan SEA adalah pada 30 September 1979 di Jakarta apabila menewaskan tuan rumah, Indonesia 1-0.

POLITIK ANAK MUDA

Sungguhpun empat mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang dihadapkan ke mahkamah kerana berjuang bersama-sama menentang Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), tetapi banyak pihak berasa 'aneh' kerana khususnya dua daripada 'UKM4' - Hilman Idham dan Woon King Chai boleh bekerjasama.
NONEIni kerana mereka bertugas kepada tuan politik yang berbeza parti - PKR dan MCA, sekalipun masih berkawan rapat.

Hilman adalah pembantu kepada ahli parlimen Gombak dan timbalan presiden PKR Azmin Ali (kiri). Manakala Woon pula bertugas di pejabat timbalan menteri belia dan sukan dan naib presiden MCA Senator Gan Ping Sieu (bawah, kanan).

Ketika diwawancaraMalaysiakini, kedua-dua bekas pemimpin persatuan sains politik UKM itu, terus gelak ketika diajukan soalan berkenaan.

"Ini menjadi satu perkara yang banyak orang rasa aneh. Dua-dua kawan rapat tapi bekerja kami (dalam) dua parti politik yang berbeza kerana kami sendiri merupakan advokasi kepada kebebasan bersuara, menyuarakan (dan) membincangkan tentang idea, (tetapi) kami menghormati idea berbeza.

"Tiada masalah ada pemahaman dan pandangan politik yang berbeza. Ini yang mereka katakan politik baru," kata Woon.

Pakai jeans tapi ada idea
NONEHilman yang bersetuju dengan pandangan Woon itu, menegaskan soal berkawan dan berpolitik adalah dua perkara yang berbeza dan ia tidak jadi masalah selagi kedua-dua pihak mampu membawa hujah masing-masing bagi membawa perubahan termasuk memansuhkan AUKU.

"Jadi pergilah ke parti politik masing-masing PKR ke, MCA ke, Umno ke, (atau) macam mana pun, tapi soal matlamat, akhirnya jelas dan sama," kata Hilman.

"Pada akhirnya, walaupun pandangan politik berbeza, benda kami inginkan ialah Malaysia yang lebih terbangun masa depan yang lebih baik untuk negara," celah Woon sambil berseloroh menegaskan mereka tidak pernah bergaduh.

Kata Hilman antara sebab mengapa beliau memilih untuk berada dalam PKR kerana merasa "amat malang" rakyat terpaksa bergantung kepada keazaman politik Umno untuk membuat perubahan.
NONEManakala Woon pula tidak menjawab secara langsung sebab mengapa terlibat dengan MCA, sebaliknya menegaskan "perubahan tidak semestinya datang dari satu pihak" dan percaya ia adalah proses yang panjang.

Ditanya mengenai penglibatan mereka dalam politik kampus pada tahun awal pengajian (2008), kedua-dua pelajar berkata pada peringkat awal, masing-masing memang tidak berminat untuk melibatkan diri.

Hilman berkata beliau tidak berminat kerana wujudnya dua kumpulan - pro-Mahasiswa dan pro-Aspirasi - yang mendominasi kampus itu, manakala Woon pula mahu menumpukan kepada komitmen lain.

"(Tetapi) kebetulan waktu itu, kami ada kumpulan diskusi. Kumpulan diskusi kawan-kawan yang saya lihat, sangat aktif dan kritikal membincangkan isu (politik kampus)," katanya.
NONEMereka pakai jeans dan mereka ini bukanlah pemimpin mahasiswa sangat tapi saya lihat mereka ada idea. Jadi saya tertarik dengan diskusi mereka kerana mereka diskusi soal ekonomi, politik soal hegemoni dan sebagainya.

"Jadi saya tawar diri, jika mereka ada hasrat bertanding, saya tawarkan diri sebagai pengurus kempen," katanya yang datang daripada keluarga yang berminat dengan politik.

'Teman wanita pun tak pujuk setahun'


Sementara Woon menegaskan pandangannya berubah pada tahun kedua pengajiannya setelah terlibat dalam kumpulan diskusi dan menyaksikan tangkapan rakan-rakannya dalam demonstrasi membantah pengundian elektronik di Kementerian Pengajian Tinggi yang menyaksikan beberapa trak Unit Simpanan Persekutuan (FRU) menunggu mereka di Putrajaya.
NONE"Apabila saya saya melihat situasi itu, saya tidak boleh tolong, tetapi saya berkata, apa dosa mahasiswa? Apa yang jahat sangat tentang pelajar sampai kena hantar lima hingga enam trak polis kat KPT.

"(Lepas peristiwa itu) Hilman kata macam-macam... jadi saya kata, OK jom bertanding. Itulah kali pertama saya betul-betul terlibat dalam akitivisme kampus," katanya sambil Hilman mencelah beliau memerlukan setahun setengah untuk 'memujuk' Woon terlibat dalam politik kampus.

"Teman wanita saya pun, (saya) tak pujuk setahun setengah," kata Hilman berseloroh disambut ketawa Woon.
NONEKedua-duanya juga masih berhubung dan bertanyakan khabar kepada dua lagi rakan UKM4 - Ismail Aminuddin dan Azlin Shafina Adzha.

"Kita rasa hubungan kita selepas kes UKM4 kita dah jadi macam adik beradik. Kalau kita hubungi pun tanya (macam) adik beradik," katanya

PROGRAM ANAK MUDE BERSAMA BOB LOKMAN

JOM KENGKAWAN KITA SERBU RAMAI -RAMAI 

31 Oktober, 2011

Warna Warni Piala Malaysia



Pemain Terbaik Imam Solat Maghrib 


14 Oktober, 2011

KEJOHANAN SEPAK TAKRAW MTD KUALA LINGGI

KEJOHANAN SEPAK TAKRAW
MAJILIS TINDAKAN DUN KUALA LINGGI
( TERBUKA LELAKI)

PADA:22.10.2011-23.10.2011
(SABTU DAN AHAD )

HADIAH :
 TEMPAT 1 (RM 300, PIALA PUSINGAN DAN HAMPER)
TEMPAT 2 (RM200 DAN HAMPER )
TEMPAT 3 (RM100 DAN HAMPER )
TEMPAT 4 (RM 60 DAN HAMPER )

BAGI PERYERTAAN BOLEHLAH MENGHUBUNGI :
HAZIQ : 013 -6534716 PEJABAT PEMUDA MTD : 06 3878620

09 Oktober, 2011

KENGKAWAN MELAKA JOM BERUBAH


Kejayaan PAS mentadbir negeri Kelantan khususnya dalam pengurusan kewangan sehingga dipuji oleh Jabatan Audit Negara membuktikan golongan agamawan juga berkemampuan mentadbir negeri.

Bukan itu sahaja, pentadbiran yang bersih daripada rasuah di negeri itu juga membuktikan betapa nilai agama dikalangan pemimpin mampu menjadikan pentadbiran negeri lebih efisyen dan mengelak dari ketirisan.

Setiausaha Majlis Pimpinan Negeri Parti Keadilan Rakyat negeri Kelantan, Mohd Hishamuddin Abu Bakar, ketika dihubungi berkata apa yang berlaku di Kelantan cukup membuktikan gandingan ulama dan profesional  sebenarnya paling baik mentadbir negeri atau negara.

Jelasnya, pemimpin ulama akan memberikan kesan dalam pentadbiran khususnya pada rakyat yang dinaungi.
(Gambar: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyampaikan kuliah Jumaat di Medan Ilmu, Kota Bharu)
“Apabila pemimpin di atas amanah, melahirkan sifat-sifat ubudiyyah, pegawai di bawah juga secara tidak langsung akan mengikut juga.

“Kerana itu agensi-agensi atau jabatan kerajaan negeri turut menonjol prestasi pentadbiran dan kewangannya dan tidak hairan juga sekiranya pegawai kerajaan negeri tidak ada yang rasuah,”ujarnya.

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada kerajaan negeri di atas penktirafan yang amat berharga itu.

“Semoga ianya menjadi contoh kepada kerajaan negeri khususnya di negeri-negeri Pakatan Rakyat yang lain sebagai usaha untuk menterjemahkan pada rakyat bahawa ini sebenarnya model pentadbiran Islam,”ujarnya.

Setiausaha Pemuda PAS negeri Kelantan, Mohd Nuri Yaacob, pula menyifatkan pengiktirafan itu sebagai kecekapan pentadbiran kerajaan yang negeri yang sifar ketirisan dan rasuah.

Beliau berharap rekod kecemerlangan itu dapat dikekalkan malah bertambah baik pada masa yang akan datang.

“Rakyat juga perlu didedahkan dengan kejayaan ini kerana mereka tidak akan mengetahuinya memandangkan media arus perdana tidak akan menghebohkan perkara ini,”ujarnya.

Semalam, pentadbiran kerajaan Kelantan diakui Jabatan Audit Negara sendiri sebagai pentadbiran yang baik khususnya berhubung mengurus sumber kewangan kerajaan negeri.

Bukan itu sahaja, empat agensi kerajaan negeri termasuk jabatan pula diiktiraf sebagai pengurusan kewangan negeri paling baik 2010, iaitu Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK), Majlis Daerah Gua Musang, Perbadanan Stadium dan PKINK.

Tak pernah silap

Sementara itu,  Ahli Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI), Abdullah Mohd Jusoh, 48, pula berkata rakyat Kelantan tidak pernah silap dalam memilih kerajaan lebih 21 tahun lalu.

Katanya, kerana pemilihan yang tepat oleh rakyat setiap kali pilihanraya umum, menyebabkan mereka turut mendapat keharmonaian berada di bawah pentdbiran yang baik.

“Saya harap mereka tidak akan salah membuat pilihan setiapkali pilihanraya umum diadakan, jika tidak mereka tidak akan mendapat kerajaan yang baik, bebas dari rasuah dan sebagainya,”ujarnya.

Seorang pengusaha batik, Shafie Mamat, 49, pula berkata perkara itu wujud bukan sahaja bermula dari pentadbiran kerajaan negeri yang ditadbir oleh ulama.

Tambahnya, sebaliknya juga kerana sifat rakyat Kelantan itu sendiri yang mendapat pendidikan Islam sejak awal lagi.

RAKYAT KELANTAN MAHU HUDUD , RAKYAT MELAKA PULA ??


Puluhan ribu rakyat Kelantan menyatakan dengan tegas mahukan hukum hudud dilaksanakan di negeri ini, ketika perundangan Islam itu cuba dipertikai sesetengah pihak.
Tanpa tolenrasi lagi mereka melaungkan perkataan mahu hudud berkali-kali. Puluhan ribu rakyat Kelantan berhimpun di Stadium Sultan Mohammad Ke IV malam tadi bagi meluahkan keinginan mereka.
Program yang dinamakan Himpunan Kesyukuran ekoran penerimaan rakyat Kelantan terhadap Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) membuatkan stadium bola menjadi sesak dengan lautan manusia.
Program bermula jam 5 petang dengan jamuan rakyat. Sebelum itu jam 2 petang diadakan Wacana Pelaksanaan Hudud khusus untuk kakitangan dan pegawai kerajaan negeri bertempat di Kota Darulnaim.
Selain itu selepas solat Asar Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengadakan pertemuan dengan wakil-wakil institusi pondok agama dari seluruh Kelantan di JKR 10.
Kemuncaknya solat hajat diimamkan sendiri Menteri Besar di atas padang berbumbung langit berselimut tiupan angin malam selepas solat Isya.
Program itu bermula dengan solat Maghrib, diikuti kuliah agama disampaikan Senator Datuk Dr Johari Mat.
Biar pun malam sebelumnya hujan turun hampir setiap malam, namun malam tadi suasana cerah, seakan-akan membawa doa puluhan ribu rakyat Kelantan mengadap Allah Taala.
Kerajaan dan rakyat Kelantan sudah menunaikan tanggungjawab mereka mendaulatkan hukum Islam sebagaimana dituntut agama, cuma pelaksanaannya terhalang kerana tidak mendapat kerjasama pemerintahan di Putrajaya.
Pakar undang-undang perlembagaan dari UIA, Prof Dr Abdul Aziz Bari melahirkan keyakinan kemenangan besar Angkatan Perpaduan Ummah pada 1990 kerana kemahuan tinggi rakyat Kelantan terhadap hudud.
Oleh itu katanya kejayaan cemerlang itu boleh diulangi pada pilihan raya umum ke-13, apabila rakyat bekerja lebih keras untuk memastikan pelaksanaan perundangan Islam dapat dilaksanakan.
”Sama seperti sistem perbankan Islam yang dicetus pada 1970-an, pada peringkat awal mendapat tentangan hebat. Namun sekarang hampir kesemua institusi kewangan melaksanakan perbankan tanpa riba.
”Begitu juga dengan hudud di mana ada pihak yang menentang dan tidak yakin, namun lambat laun rakyat akan menerimanya.
”Kelantan boleh melaksananya dengan syarat tidak ada pihak yang cuba sabotaj dan menyekat,” katanya pada program berkenaan.
Hadir sama Ketua Pembangkang di parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob dan wakil-wakil rakyat.
Dr Abdul Aziz juga mencadangkan kerajaan meminda atau menghapuskan Akta Mahkamah Syariah pindaan 1985 bagi membolehkan perundangan hudud dilaksanakan.
Tuan Guru Abdul Hadi berkata, rakyat Kelantan memilih PAS sejak 1990 sehingga sekarang kerana mereka yakin kerajaan yang ada sekarang bertanggungjawab terhadap amanah Allah.
Bagaimanapun beliau melahirkan rasa hairan pemimpin Umno yang juga beragama Islam tidak bersetuju terhadap hukum tersebut.
”Kalau pemimpin DAP tidak bersetuju ia tidak menjadi persoalan sangat kerana mereka bukan beragama Islam,” ujarnya.
Anwar menegaskan setiap seorang Islam wajib mempunyai keyakinan terhadap perundangan Islam tanpa kompromi lagi.
Menurutnya negara sudah lama merdeka, namun kefahaman rakyat terhadap agama semakin bercelaru kerana tomahan dimainkan media massa.

AYYUHA SYABAB ! AGAMAMU SEDANG DIHINA


PATUNG LILIN PENGHINAAN TERHADAP ISLAM 

ISRAEL LAKNATULLAH MEMBUNUH IBU DAN JANIN SEKALI GUS 

16 Ogos, 2011

KEMBARA : KONVOI KEBAJIKAN ARC JASIN


Alternative Riding Club Jasin telah berjaya melaksanakan aktivti konvoi buat kali pertama. Konvoi yang berkonsepkan kebajikan telah disertai seramai 15 orang anak muda. Konvoi bermula di Umbai dan berakhir di Jasin. Konvoi kebajikan ini merupakan satu yang telah dirancang selepas penubuhan ARC Melaka pada pertengahan bulan Julai. Beberapa buah rumah dilawati dan diberikan sumbangan sepanjang konvoi ini dilaksanakan.

Konvoi ini berakhir di Masjid Kesang dimana semua peserta solat berjemaah dan di jamu dengan santapan rohani melalui tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Sufian