19 Mac, 2014

Kursus Marshall ARC Jasin Capai Target

Pada 16 Mac 2013, ARC Jasin dengan kerjasama ARC Melaka telah berjaya menganjurkan Kursus Marshall dan Pemanduan berhemah bertempat di Taman Merlimau Utara berhadapan Politeknik Merlimau.

Kursus yang julung kali diadakan ini telah berjaya mengumpulakn peserta seramai 53 orang yang terdiri daripada kalangan anak-anak muda yang mempunyai minat dalam bidang permotoran. 

Program telah bermula seawal jam 10 pagi dan program telah selamat dirasmikan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Melaka, Saudara Jauhar bin Md Dawi. Dalam ucapannya, beliau mengucapkan tahniah dan syabas diatas penganjuran program yang merupakan program yang julung kali dianjurkan oleh ARC Jasin dan ARC Melaka selain aktiviti konvoi dan kemasyarakatan. 

Aktiviti dan program ini juga diharapkan dapat memberikan gambaran yang sebenar berkaitan bidang tugas marshall dan cara pemanduan yang selamat. Turut hadir dalam program ini, Ketua Dewan Pemuda PAS Jasin, Saudara Yuzi Azhar Yosof dan kepimpinan Dewan Pemuda PAS Kawasan.

Kursus bermula dengan kelas teori dan safety riding yang telah disampaikan oleh Ustaz Sazli Ansari dari ARC Selangor. Selepas solat fardhu zohor berjamaah, para peserta telah dihidangkan dengan pengisian rohani yang telah disampaikan oleh Ustaz Sazli Ansari dan pada petangnya telah diadakan praktikal di jalan raya bermula dari Dataran Masjid Asy-Syujaah, Merlimau Utara dan berakhir di Dataran Hamas, Jasin.

Program telah diakhiri dengan penyampaian sijil penyertaan kepada para peserta. Daripada respon yang diterima daripada para peserta yang menyertai kursus ini, kebanyakannya berpuas hati dan mengharapkan kursus ini akan dapat diteruskan pada masa akan datang.

Tiada ulasan: