17 April, 2009

Apakah bahaya merokok???

Merokok boleh menyebabkan ketagihan.
Merokok pada mulanya bermula akibat ingin tahu, namun bila kesan nikoton dalam rokok memberi kesan ia menjadi ketagihan.

Kesan-kesan buruk dikaitkan dengan merokok adalah
Barah paru-paru
Kelelahan akibat COAD dan emphysema
Sakit jantung iskaemia
Kerosakan pada salur darah spt peripheral vascular diseases
Kanser pundi kencing
Air mani tidak normal
Lemah ingatan
Jika mengandung anak boleh terbantut perkembangan
Meningkat risiko kecederaan pada anak yang di kandung
Risiko kerosasakan sistem pernafasan pada bayi atau anak kecil
Risiko mengidap berbagai jenis barah @ kanser meningkat



Apakah kesan racun/toksik akibat merokok ???
Dalam rokok terkandung pelbagai jenis racun yang amat berbahaya. Antaranya polycyclic aromatic hydrokarbons, nitrosamines yang boleh menyebabkan kanser/barah. Enzim-enzim yang terkandung dalam rokok meyebabkan kelemahan pada sistem pertahanan badan.

Bagaimana cara berhenti merokok ???
Jangan merokok dari awal
Jika sudah ketagih ,ada 2 cara
1) Berhenti terus
2) Berhenti beransur-ansur
3) Menggunakan bantuan nikotin gantian seperti patch nikotin dan gula-gula nikotin.

Anda boleh ke klinik-klinik kesihatan terdekat untuk memohon bantuan dari pegawai perubatan, pembantu perubatan atau jururawat jika ingin berhenti merokok.

Tiada ulasan: