Minyak Enjin atau lebih dikenali sebagai motor oil di kebanyakan bengkel kereta adalah minyak pelincir untuk komponen enjin yang menggunakan sistem pembakaran dalaman (internal combustion engine). Hampir semua komponen enjin jenis ini menggunakan logam atau aloi yang pastinya melakukan banyak pergerakan apabila enjin beroperasi. Pergerakan komponen ini akan menghasilkan tekanan dan haba yang tinggi akibat daripada geseran. Geseran pastinya akan mengakibatkan kehausan pada komponen dan disinilah minyak enjin memainkan peranannya - sebagai pelincir.
Minyak enjin turut membantu penyejukan enjin dengan membawa haba yang diserap jauh daripada kawasan pergerakan (minyak enjin digunakan secara putaran - naik dan turun). Ini akan meningkatkan lagi keberkesanan sistem penyejukan enjin yang dimonopoli oleh radiator dan pengaliran udara dalam ruangan enjin. Selain daripada itu, minyak enjin juga berupaya untuk menghalang pengaratan dalaman enjin.
Minyak enjin dihasilkan daripada sebatian kimia petroleum dan bahan sintesis bukan petroleum yang mengandungi peratusan bahan bakar - karbon dan hidrogen yang tinggi. Tetapi minyak enjin juga diubahsuai dengan pencampuran bahan lain seperti ester dan bahan tambah (additives) untuk meningkatkan prestasi minyak enjin tersebut.
SIFAT MINYAK ENJIN
Kebanyakan minyak enjin dibuat daripada molekul hidrokarbon yang berat daripada minyak mentah yang diekstrak dari dasar laut. Minyak enjin biasa mengandungi hidrokarbon dengan 18 - 34 atom karbon per molekul. Kandungan karbon per molekul yang tinggi ini menyebabkan kelikatan yang tinggi kepada minyak enjin. Dan seperti yang kita sudah tahu, kemampuan untuk mengekalkan satu lapisan pelincir antara komponen enjin yang bergerak adalah fungsi utama minyak enjin.
Kelikatan (viscosity) merujuk kepada kebolehan untuk mengalir (a measure of its resistance to flow) dan boleh menggunakan istilah "tebal" dengan "nipis" dimana masing-masing merujuk kepada semakin susah mengalir dan semakin senang mengalir. Kelikatan sesuatu minyak enjin mestilah tinggi untuk mengekalkan lapisan pelinciran tetapi dalam masa yang sama cukup nipis untuk mengalir kesemua bahagian enjin dibawah semua keadaan (panas ata sejuk).
Kelikatan minyak enjin ini boleh disemak melalui Indeks Kelikatan (Viscosity Index) yang mengukur sejauh mana kelikatan minyak enjin berubah dengan suhu. Indeks kelikatan yang tinggi menunjukkan bahawa kelikatan minyak enjin berubah sedikit sahaja mengikut suhu berbanding indeks kelikatan yang rendah. Minyak enjin juga harus boleh mengalir dengan baik pada suhu yang rendah untuk meminimumkan geseran antara logam dengan logam semasa enjin kenderaan dihidupkan.
JENIS MINYAK ENJIN
Terdapat 5 jenis minyak enjin yang biasa digunakan:
- Mineral (Regular): 100% bahan petroleum yang telah menjalani proses penyulingan berperingkat (fractional distillation proses). Masih mempunyai karbon reaktif (reactive carbon) yang berupaya bertindakbalas dengan oksigen untuk membentuk asid. (Harga: Murah)
- Semi-synthetic / Synthetic blend (Premium): Campuran 75% mineral dan 25% synthetic. (Harga: Sederhana)
- Synthetic: Dihasilkan daripada bahan petroleum seperti minyak enjin Mineral tetapi hanya menggunakan bahan terbaik (tulen) dalam proses penyulingan berperingkat iaitupolyalphaolifins. Tidak mempunyai karbon reaktif. Juga ditambahkan dengan diester sintetik yang berfungsi membersihkan sisa karbon (pembakaran). Enjin biasanya lebih bersih. (Harga: Mahal)
- Pure synthetic: Minyak sintetik sepenuhnya yang dihasilkan daripada polyalkyleneglycolyang banyak digunakan sebagai minyak pelincir bagi kotak gear (gearbox).
- Bio-based: Bermula sekitar 1996, minyak enjin jenis ini dihasilkan sepenuhnya menggunakan minyak daripada tumbuhan seperti minyak jagung dan minyak kelapa sawit. Lebih mesra alam tetapi belum dikomersilkan sepenuhnya. (Harga: Tidak pasti)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan