Juara Piala Dunia 2010, Sepanyol sekali lagi layak ke perlawanan akhir Euro 2012 selepas menewaskan Portugal, dengan jaringan 4-2 dalam perlawanan separuh akhir, melalui penentuan sepakan penalti, awal pagi ini.
Skuad bimbingan Vicente Del Bosque itu mengulangi kejayaannya melangkah ke pusingan akhir dalam kejohanan yang sama empat tahun lalu.
Dengan kemenangan tersebut, Sepanyol bakal bertemu sama ada pasukan Jerman atau Itali yang akan berentap dalam satu lagi perlawanan separuh akhir awal pagi esok.
Gol penalti 'La Roja' dijaringkan oleh Andres Iniesta, Gerard Pique, Sergio Ramos dan Cesc Fabregas.
Manakala sepakan Xabi Alonso ditepis oleh penjaga gol Portugal Rui Patricio.
Sementara gol Portugal pula dijaringkan oleh Pepe dan Nani. Dua gol lagi dari Joao Mautinho dan Bruno Alves pula ditepis dan terkena palang gol.
Banyak serangan dilancarkan oleh kedua-dua pasukan sejak awal permainan sehingga berlanjutan masa tambahan dengan sentiasa sering membuat serangan balas.
Sepanyol - yang layak digelar jaguh Iberia- bakal bertemu antara Jerman atau Itali dalam perlawanan akhir pada 2 Julai nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan