Hilman adalah pembantu kepada ahli parlimen Gombak dan timbalan presiden PKR Azmin Ali (kiri). Manakala Woon pula bertugas di pejabat timbalan menteri belia dan sukan dan naib presiden MCA Senator Gan Ping Sieu (bawah, kanan).
Ketika diwawancaraMalaysiakini, kedua-dua bekas pemimpin persatuan sains politik UKM itu, terus gelak ketika diajukan soalan berkenaan.
"Ini menjadi satu perkara yang banyak orang rasa aneh. Dua-dua kawan rapat tapi bekerja kami (dalam) dua parti politik yang berbeza kerana kami sendiri merupakan advokasi kepada kebebasan bersuara, menyuarakan (dan) membincangkan tentang idea, (tetapi) kami menghormati idea berbeza.
"Tiada masalah ada pemahaman dan pandangan politik yang berbeza. Ini yang mereka katakan politik baru," kata Woon.
Pakai jeans tapi ada idea
"Jadi pergilah ke parti politik masing-masing PKR ke, MCA ke, Umno ke, (atau) macam mana pun, tapi soal matlamat, akhirnya jelas dan sama," kata Hilman.
"Pada akhirnya, walaupun pandangan politik berbeza, benda kami inginkan ialah Malaysia yang lebih terbangun masa depan yang lebih baik untuk negara," celah Woon sambil berseloroh menegaskan mereka tidak pernah bergaduh.
Kata Hilman antara sebab mengapa beliau memilih untuk berada dalam PKR kerana merasa "amat malang" rakyat terpaksa bergantung kepada keazaman politik Umno untuk membuat perubahan.
Ditanya mengenai penglibatan mereka dalam politik kampus pada tahun awal pengajian (2008), kedua-dua pelajar berkata pada peringkat awal, masing-masing memang tidak berminat untuk melibatkan diri.
Hilman berkata beliau tidak berminat kerana wujudnya dua kumpulan - pro-Mahasiswa dan pro-Aspirasi - yang mendominasi kampus itu, manakala Woon pula mahu menumpukan kepada komitmen lain.
"(Tetapi) kebetulan waktu itu, kami ada kumpulan diskusi. Kumpulan diskusi kawan-kawan yang saya lihat, sangat aktif dan kritikal membincangkan isu (politik kampus)," katanya.
"Jadi saya tawar diri, jika mereka ada hasrat bertanding, saya tawarkan diri sebagai pengurus kempen," katanya yang datang daripada keluarga yang berminat dengan politik.
'Teman wanita pun tak pujuk setahun'
Sementara Woon menegaskan pandangannya berubah pada tahun kedua pengajiannya setelah terlibat dalam kumpulan diskusi dan menyaksikan tangkapan rakan-rakannya dalam demonstrasi membantah pengundian elektronik di Kementerian Pengajian Tinggi yang menyaksikan beberapa trak Unit Simpanan Persekutuan (FRU) menunggu mereka di Putrajaya.
"(Lepas peristiwa itu) Hilman kata macam-macam... jadi saya kata, OK jom bertanding. Itulah kali pertama saya betul-betul terlibat dalam akitivisme kampus," katanya sambil Hilman mencelah beliau memerlukan setahun setengah untuk 'memujuk' Woon terlibat dalam politik kampus.
"Teman wanita saya pun, (saya) tak pujuk setahun setengah," kata Hilman berseloroh disambut ketawa Woon.
"Kita rasa hubungan kita selepas kes UKM4 kita dah jadi macam adik beradik. Kalau kita hubungi pun tanya (macam) adik beradik," katanya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan