DACS JASIN
DEKATI ANAK MUDA CINTAI SUKAN
16 Disember, 2014
Bola sepak perlu pengurusan sistematik, pasukan berkualiti
SUKAN bola sepak telah menjadi sukan nombor satu di Malaysia malah di dunia. Mengikut perangkaan yang dilakukan badan induk Persatuan Bola Sepak Dunia (FIFA) pada tahun 2007, peminat sukan bola sepak di dunia mencecah 260 milion.
Tidak kurangnya di Malaysia, ia telah menjadi sukan yang menarik perhatian ramai pihak apatah lagi ketika ada penyertaan pasukan kebangsaan dalam kejohanan tertentu seperti Piala AFF Suzuki.
Namun, prestasi pasukan kebangsaan yang mendapat gelaran Harimau Malaya tidak begitu memberangsangkan. Malaysia berada pada kedudukan ke-155 dalam ranking FIFA yang terbaharu, di belakang Filipina, Myanmar, Vietnam dan Thailand. Kedudukan tersebut tidak menggambarkan segala-galanya tetapi itulah ukuran yang perlu diambil perhatian.
Saya lebih suka untuk memfokuskan kepada pembangunan jangka panjang Liga Malaysia yang seharusnya dijadikan medan utama dalam mengasah kembali prestasi bola sepak negara.
12 Disember, 2014
Piala AFF Suzuki : Malaysia Menang Bergaya
ITU sahaja ungkapan boleh diungkapkan selepas melihat kebangkitan luar biasa dipamerkan skuad Harimau Malaya yang membenam cabaran Vietnam 4-2 separuh akhir kedua Piala AFF Suzuki 2014 di Stadium My Dinh, Hanoi, malam tadi sekali gus mara ke pentas final dengan agregat 5-4.
Walaupun tewas 1-2 di Shah Alam di samping dengan insiden peminat Vietnam diserang segelintir penyokong Malaysia, nyata tidak menjejaskan fokus untuk melakar kemenangan menakjubkan di depan penyokong tuan rumah.Rombakan formasi dilakukan Dollah Salleh menjadi apabila empat jaringan diledakkan anak buahnya pada babak pertama sekali gus mendiamkan hampir kira-kira 40,000 peminat setia The Gold Stars.
Langgan:
Catatan (Atom)