11 Disember, 2014

ISU HOOLIGAN DI SHAH ALAM STADIUM : LIMA DAH BERI KETERANGAN

SHAH ALAM - Lima daripada 15 penyokong bola sepak yang dicari berhubung insiden penyokong Vietnam diserang ketika perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki 2014 di Stadium Shah Alam Ahad lepas, tampil ke balai polis bagi membantu siasatan. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata, pihaknya telah mengambil keterangan daripada kelima-lima lelaki itu dan mereka dibenarkan pulang selepas selesai memberi keterangan. "Kesemua individu yang dicari itu bukan suspek dalam insiden tersebut sebaliknya pihak kami mencari mereka bagi membantu siasatan segera dan mencari dalang yang bertanggungjawab," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini. 

30 November, 2014

Tahniah Harimau Malaya Layak Ke Suku Akhir

Assalamualaikum .. 

Kami mewakili Team Dewan Pemuda PAS Kawasan Jasin ingin merakamkan penghargaan dan setinggi-tinggi tahniah kapada pasukan bola sepak kebangsaan yang telah berjaya melayakkan diri keperingkat suku akhir dalam pertandingan bola sepak Piala AFF Suzuki yang berlangsung di Singapura ketika ini. Kami merasa bangga dengan pencapaian serta kesungguhan yang telah ditunjukkan khususnya dalam perlawanan yang berlangsung malam tadi bertemu dengan singapura. Sesungguhnya para pemain telah berjaya menunjukkan komitmen yang tinggi dan semangat yang jitu serta telah menghidupkan kembali peluang untuk mengejar kejuaraan dalam pertandingan tersebut.Kami mengharapkan komitmen dan momentum yang ditunjukkan pada malam tadi akan dapat disemarakkan lagi apabila pasukan negara bertemu dengan pasukan Vietnam dan terus melayakkan diri ke final Piala AFF Suzuki nanti.